26 Ogos 2012 - 19:30

Sebuah surat khabar Israel menganggap pembukaan sidang kemuncak NAM menandakan kegagalan komplot Barat untuk menyisihkan negara ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Surat kabar Zionis The Jerusalem Post mendakwa pembukaan persidangan NAM di Tehran menunjukkan kegagalan komplot Barat untuk menyisihkan Iran.Surat kabar ini menyatakan, "Tehran hari ini melangsungkan persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali."Iran dengan berbesar hati telah menerima sekumpulan 120 orang dari negara-negara di mana perkara ini menunjukkan Washington gagal untuk menyisihkan negara ini."80 buah negara hadir dalam persidangan peringkat menteri dan pegawai tinggi sedangkan Israel dan Amerika berusaha keras menghalang majlis ini dari berlangsung. Antara halangan yang diusahakan ialah meminta beberapa pemimpin untuk tidak menyertai persidangan ini. Namun segala usaha tersebut tidak membuahkan hasil kerana beberapa tokoh penting seperti Setiausaha Agung PBB Ban Ki Moon dan Presiden Mesir Muhammad Mursi akan tiba di Tehran beberapa hari lagi.Benjamin Netanyahu dan Victoria Nuland di pihak Tel Aviv dan Washington sudah berusaha untuk menghalang kedua-dua pemimpin ini dari menghadiri ke Iran, namun gagal.